Wednesday 9 October 2013

MY HERO


MY HERO


Hari ini satu hari saya menghabiskan masa di Selangor equestrian club,sungai besi,kl.Badan terlalu penat dan sakit sakit apabila menunggang kuda seharian setelah lebih sepuluh tahun meninggalkan aktiviti yang pernah menjadi rutin harian sebelum ini.Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah saya sebelum menjadi seorang pemain bola sepak professional dan menjadi anak seni dan juga usahawan sekarang ni.Sebelum ni saya daripada kecil lagi dilatih untuk menjadi seorang ‘jockey’ atau penunggang kuda dan banyak menyertai pertandingan lumba kuda di Kelantan oleh HERO  sepanjang zaman saya iaitu arwah ayah saya.Haji Wan Omar bin Wan Ishak.Ayah saya pernah menjadi presiden lumba kuda Kelantan suatu ketika dahulu dan dirumah saya di kampung selising,pasir puteh pernah mempunyai berbelas belas ekor kuda.Rutin seharian adalah mesti menunggang kuda sehinggakan pernah ke sekolah pun naik kuda.Setiap pagi dan petang kami sekeluarga mesti berkuda merupakan aktiviti wajib setiap hari sehinggalah saya di hantar ke akademi bola sepak FAM di kota bharu ketika usia saya 13 tahun.Dan lepas akitivi berkuda berkurangan sedikit akibat komitmen saya pada sukan bola sepak diatas minat dan juga keinginan bapa saya untuk melihat anak lelaki bongsu beliau ini menjadi pemain professional dan juga kebangsaan satu hari nanti.di situ lah bermula nya kehidupan bola sepak saya.tapi malam ni saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang HERO  saya yang telah meletakkan saya ke satu LANDASAN MENUJU KE PUNCAK yang dimana saya berada sekarang ini dan masih lagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang diimpikan.Bak kata beliau dalam sukan berkuda ini ‘tak jatuh maka tak kan pandai’.kata kata itu masih kekal lagi dalam fikiran saya sehingga sekarang ini.walaupun ketika usia saya baru seawal enam tahun saya dah boleh menunggang kuda.Insiden jatuh kuda dan kecederaan pada saya dan adik beradik adalah perkara biasa dan menjadi kuat bila mengingatkan kata2 beliau.Ternyata memang terbukti apabila setiap kali gagal mengawal kuda dan terjatuh saya jadi lebih berani dan berhati hati kerana tidak akan mengulangi kesalahan yang sama setiap kali gagal atau jatuh membuatkan saya lebih handal sehinggalah pada usia 10 tahun saya dah mula menyertai pertandingan lumba kuda.Setiap kali saya menunggang kuda arwah ayah akan selalu memerhatikan saya sebagai ‘personal coach’ dan juga asyik membebel yang membuatkan saya sampi naik rimas.itu sikap biasa seorng kanak kanak yang mental dan dalam proses kematangan.

Apa yang saya nak  kongsikan malam ni adalah secara tidak sedar sebenarnya ayah saya telah mendidik dan juga membentuk saya supaya menjadi seorang yang berani dalam mengatasi ketakutan dan kelemahan diri.Saya diajar untuk menjadi ‘fighter’ kepada diri sendiri dan melawan segala ketakutan yang ada dalam diri dan barulah kita layak melawan ‘musuh’ diluar sana. Kita akan menjadi ‘expert’ dan berani jika kita melawan kelemahan kita dan juga selalu mengulangi melakukan perkara yang kita lemah sehinggalah ianya menjadi kebiasaan dan dengan sendirinya kelemahan itu akan menjadi kelebihan apabila ia menjadi ‘makanan’ kita.Mungkin ayat saya ni agak complicated.tetapi apa yang saya nak sampaikan adalah, setiap kekurangan jika tidak diatasi akan menjadi kelemahan,dan setiap kelemahan akan menjadi kelebihan dan kepakaran apabila ia diatasi.Dari situ lah saya mula mempelajari ilmu kehidupan dengan mengatasi segala ketakutan dan kelemahan diri.Hanya kita dan diri akan tahu segala kekurangan yang ada pada diri kita.Cara yang terbaik adalah senaraikan segala kelemahan dan ketakutan diri dan mula merangka apa yang patut kita lakukan dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan juga guru atau bimbingan.insyallah kelemahan itu akan menjadi kepakaran kita suatu hari nanti.MASALAH ADALAH SATU PELUANG.siapa sangka masalah yang kita hadapi alami selama ini adalah merupaka satu peluang utk kita mengubah taraf kehidupan kita.Setiap hari saya akan berlawan dengan diri sendiri untuk mengatasi kelemahan diri saya.Sebab itu lah setakat hari ini saya menceburi pelbagai bidang dalam hidup saya dan saya mendapat kejayaan dan kepuasan untuk diri saya sendiri dan sedikit sebanyak menjadi kebanggaan keluarga dan juga masyarakat.setiap kelemahan yang tidak diatasi akan terus menjadi kelemahan dan akan bersemadi didalam diri seseorng sampai bila bila.dan sifat itu akan mencacatkan perjalanan hidup seseorng itu.banyak lagi yang saya nak kongsikan tentang apa telah di ‘install’ kan oleh arwah ayah saya didalam diri saya ini.bila mengenangkan kembali,saya dapat merasakan yang saya ini merupakan seorang anak yang paling bertuah didalam dunia ini kerana dikurniakan seorang HERO yang paling hebat di dunia.sambil menulis coretan ini saya sedang mendengar lagu daripada saudara Mawi iaitu AYAH..AKU RINDU PADUMU.liriknya sangat menyentuh perasaan saya apabila mengenangkan beliau.kata katanya agak sedih,tetapi bergantung kepada penerimaan kita.kalau da set kan minda kita sedih dan kita akan jadi sedih bila mendengarnya.tapi saya selalu menjadikan lagu ini sebagai tanda ingatan dan juga pembakar semangat saya untuk teruskan kehidupan sebagai seorang pemburu kejayaan.hampir setiap hari saya akan dengarkan lagu ini dan setiap hari semangat saya akan terus berkobar kobar.terima kasih banyak2 saya ucapkan pada Mawi yang telah mencipta lagu “tema” saya ini…sama samalah kita sedekahkan al fatihah buat HERO terhebat saya…HAJI WAN OMAR BIN WAN ISHAK…Banyak lagi sebenarnya yang saya nak kongsikan dengan semua tentang HERO saya yang telah membawa saya ‘kesini’ pada hari ni.insyallah saya akan sambung pada coretn saya seterusnya…jadi kepada sesiapa yang masih lagi mempunyai ayah,hargailah dan rail ah mereka ketika masih berpeluang.sekurang kurangnya dengan ucapan terima kasih ataupun kejayaan anda dapat menunjukkan tanda penghargaan kita sebagai anak terhadap seorng insan yang membanting tulang demi membesar dan mendidik kita semua…bukan wang ringgit yang mereka harapkan.tetapi kejayaan anda yang mereka tagihkan.

11 comments:

  1. Seronok baca. Semoga bermanfaat (: Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya ayah adalah hero dan idol kita, tanpa beliau siapalah kita kan... :)

    ReplyDelete
  3. See back then, how we're grown up and who we're become.

    ReplyDelete
  4. Dulu masa mula2 kahwin suami adalah hero saya a to z he do everything for the sake of family.Now he was retired. ALL his job and responsibility was taken by my eldest daughters.Tq Farah.you are everything to me.I love u

    ReplyDelete
  5. Good article Fizo, all your hardwork are inspiring others. Lets contribute to our society. Kalau datang bangi roger2 aku.. hazwan..ex roomate kolej cengal..

    ReplyDelete
  6. coretan yg penuh makna ttg erti hidup...

    ReplyDelete
  7. sgt memberi inspirasi,tq FO :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. entry yang bagus,.. seronok baca kisah macam ni.. Sesungguhnya ayah kita la hero bagi kita.. apa yang beliau dah ajar/didik/lakukan pada kita, smeuanya adalah demi kebaikan kita.

    ReplyDelete
  9. you are the best ....*tabik springg

    ReplyDelete