Friday 4 October 2013

LUAR BIASA

Salam semua.Dua tiga hari ini agak sibuk sikit.banyak kene balik kampung ke kota bharu atas urusan bisnes.Alhamdulillah HOT BURGER akhirnya akan berada di kelantan tak lama lagi.Sambutan yang agak luar biasa dari orang kelate setakat ni.pada mulanya fizo nak buka dalam 10 stall je.tp sambutan yang luar biasa dan kami menerima permohonan untuk join sebagai usahawan hot burger sebanyak hampir seribu pemohon.memang di luar jangkaan kami.tapi setelah di pertimbangkan saya dan partner saya bersetuju untuk menambah lg stall iaitu sebanyak 25 stall.insyallah dalam pertengahan oktober ni bermula serentak dan ore klate boleh merasa HOT BURGER iaitu produk fizo sendiri.Rasa sangat terharu apabila 10 stall diberi secara percuma kepada ibu tunggal dengan kerjasa Jabatan Pembangunan Wanita kelantan demi membantu menaikkan ekonomi mereka.Disamping mencari peluang perniagaan, HOT BURGER sebenarnya ditubuhkan adalah untuk membantu belia-belia untuk memberi peluang pekerjaan dan melahirkan usahawan burger di malaysia.insyallah lepas ni hot burger akan berda di seluruh negeri dan insyallah kami boleh membantu ramai lagi diluar sana yang berminat dalam perniagaan.saya sebenarnya ingin mengangkat martabat peniaga2 burger yang dikatakan peniaga kaki lima atau tepi jalan ni.dan hari ni kami dapat buktikan bahawa dengan meniaga burger pun mendapat pendapatan dari RM2000 hingga RM 10000 sebulan.yang penting mereka jujur dan ikhlas dalam meniaga dan juga membantu diri mereka sendiri.kepuasan saya adalah apabila mereka datang kepada saya dan dengan rasa penuh bersyukur mengucapkan terima kasih kerana kehidupan mereka adalah lebih baik dari sebelumnya.syukur alhamdulillah dengan izin Allah meraka dapat merasa rezki yang sama2 diusahakan.

Sebenarnya fizo bukan nak cerita pasal HOT BURGER malam ni cuma nak share dengan anda je.saya percaya ramai di luar sana yang inginkan kehidupan yang luar biasa.maksud saya sesuatu yang luar biasa dan kearah kebaikan terutamanya menaikkan taraf hidup masing2.kehidupan luar biasa akan berlaku apabila seseorang itu melalukan perbuatan yang luar biasa.maksud saya kalo anda menjalani kehidupan seharian dengan rutin yang sama sebelum ini.maka kehidupan atau pencapaian anda akan tetap sama dan tidak akan berubah.saya amat tertarik dengan kata2 ini."TO GO SOMEWHERE THAT U NEVER BEEN,U HAVE TO DO SOMETHING THAT U NEVER DONE BEFORE"
Kata2 inilah yang membawa saya dimana saya berada sekarang ni yang banyak memotivasi kan diri saya sendiri.pada sya untuk mencapai sesuatu yang luar biasa,kita haruslah melakukan sesuatu yang luar biasa iaitu yang tidak pernah kita lakukan selama ini.contohnya kita sorang je tahu akan kelemahan diri kita dan juga kemalasan kita di tahap mana.contoh nya dari segi bangun pagi sama ada waktu berkerja ataupun tidak.ada yang sangat liat bila nak bangun pagi.jadi kalau kita mengubah tabiat kita iaitu dengan melakukan sesuatu yang luar biasa dari kebiasaan yang kita selalu buat seperti bangun lebih awal sebelum solat dan minda kita bersedia utk focus dan berkerja dan dengan sendiri nya mempengaruhi hasil kerja kita seharian.percayalah akan berlaku sesuatu perubahan besar dalam hidup kita.contohnya kalau kita ni malas membaca.itu adalah tabiat biasa kita.tapi kalau kita melakukan sesuatu yang luar biasa iaitu kita mula atau paksa diri kita membaca,percaya lah kita akn meletakkan diri kita di tahap yang luar dari kebiasaan apabila kita mempunyai ilmu dari amalan membaca.apabila ilmu penuh didada ia sangat mempengaruhi kehidupan kita seharian,baik dari segi perbuatan,percakapan dan juga tindakan yang kita lakukan.saya percaya setiap orang tahu akan apa yang dilalukan oleh mereka itu baik atau buruk.tetapi hanya sikap dan tabiat seseorang itu membuatkan mereka mengulangi perkara yang sama walhal mereka tahu akan keburukan tentang perkara tersebut.hidup kita tidak akan berubah kalau kita sendiri tidak ingin mengubahnya walaupun semua inginkan yang terbaik dalam hidup mereka.keputusan terbaik cuma datang bila tidak ada atau kurangnya keburukan dan juga kelemahan dalam diri masing2.belajar lah dari kesilapan lalu atau cermin dan nilai lah diri sendiri adalah motivasi terbaik untuk diri sendiri.persekitaran yang baik hanya sebagai sumper inspirasi.tetapi diri sendiri adalah segala galanya dalam mencari  atau berubah ke arah kebaikan.setiap pergerakan haruslah bermula dengan niat.tetapi kalau niat tidak diikuti dengan perbuatan atau tindakan maka niat itu hanya semata angan angan kosong sahaja...cukuplah coretan perkongsian saya untuk kali ini untuk berkongsi dan juga pesanan kepada diri saya sendiri..salam

17 comments:

  1. Such an inspiration for me.. Thanks for sharing fizo.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. baru semalam dengar Habib Mahdi di Majlis Darul Murtadza, Setiawangsa, berkata, kalau kamu memudahkan sesuatu perkara kepada orang islam, Allah akan permudahkan urusan kamu didunia dan di akhirat. thanks for sharing Fizo

    ReplyDelete
  3. "What you give..
    You get back.." (Scorpion)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. The more you give, more you get...

    ReplyDelete
  6. Memang terbaikk la bro...semoga anda kaya dan berjaya...

    ReplyDelete
  7. Bersahaja tapi sampai ke hati.. hebatt!

    ReplyDelete
  8. Semoga maju jaya.. kaya & berjaya inshaAllah..

    ReplyDelete
  9. sangat memberi inspirasi. saya sentiasa sokong abg dari belakang :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih..semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  11. bila hati menulis....hati yang mendengar...syabas brader!

    ReplyDelete
  12. Fizo Omar is my next inspirer! well done bro

    ReplyDelete
  13. TAHNIAH!!!! Anda jutawan industri!!!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum bro...kawe nok join bger demo breh ko?...kawe mnat sgt2 psal jual bger nie...buleh ko?...nie kwe tnggal no fon kwe...0175754576

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. Terima kasih di atas entry ni.. banyak memberi kata-kata semangat :)

    ReplyDelete