Saturday 5 October 2013

TAHNIAH THE RED WARRIOR

 SALAM semua...memang puas hati tengok game bola malam ni.salah satunya sebab negeri kelahiran sya menang dan layak ke semi final malaysia cup.dan yang lebih saya banggakan apabila tengok kawan2 dan juga my ex team mate beraksi di peringkat profesional dan mereka dapat membuktikan bidang bola sepak di negara kita adalah berada di peringkat yang boleh membanggakan dan consider 'good money'.mana tak nya bila pendapatan mereka boleh mencecah ratusan ribu ringgit sebulan dengan hasil melakukan sesuatu perkara yang kita minat.seronok kan?tapi anda kena ingat tidak lah semudah itu apa yang mereka capai selama ini adalah hasil usaha keras yang berpanjangan dan disertakan jatuh bangun dengan pelbagai dugaan dan ujian.kadang2 terasa nak kembali menyarung jersi dan beraksi di tengah padang bola dengan sokongan ratusan ribu penyokong.perasaan tu sukar digambarkan dengan kata kata.
Apa yang saya nak kongsikan malam ni adalah,kejayaan tidak akn datang bergolek dan sesuatu yang datang dengan terlalu mudah atau senang mesti ada sesuatu disebaliknya.baik dari segi wang ringgit dan juga peluang.setiap benda yang kita impikan mesti lah disertakan dengan tindakan yang bersungguh sungguh dan yang paling penting sekali adalah niat kita.kemana yang hendak dituju dan apakah target yang kita inginkan?persoalan ni adalah sangat penting kerana soalan ini ah yang akan membakar semangat kita dan juga akan menjaga focus supaya kita tidak lalai dan lari dari tujuan asal kita.percayalah SETIAP LANGKAH YANG BERMULA DENGAN POSITIVE AKAN BERAKHIR DENGAN HASIL POSITIVE,YANG NEGATIVE AKAN JUA BERAKHIR DENGAN NEGATIVE.walaupun diuji dengan pelbagai dugaan sekalipun dan juga mengambil masa yang lama untuk mendapat hasilnya,yang pasti kita telah dijanji sedemikian yang kesudahannya adalah positive.cabaran adalah warna warni kehidupan.tanpa cabaran hidup ini diibarat kosong dan pudar.tugasan kita sebagai manusia adalah mencorakkan lukisan perjalanan hidup kita dengan warna warni yang telah dihantar olehNYA.jadi setiap manusia mempunyai corak dan warna lukisannya tersendiri yang mungkin buruk dimata orang lain tetapi cantik dimata kita sendiri.sebab pada saya kecantikan adalah subjektif dan penilaiannya adalah berbeza di mata masing2.
Setiap apa yang berlaku pastinya ada hikmahnya.tak kan ada perkara yang berlaku tanpa sebab musabab nya.pasti ada ganjaran disebaliknya jika kita kuat menghadapi setiap apa yang kita lalui.senjata utama kita sebagai manusia adalah kesabaran.kesabaran adalah kayu penyukur kepada setiap manusia.sesiapa yang bersabar maka berwarna warnilah lukisan kehidupan mereka.KEHIDUPAN ADALAH TENTANG MENCARI JALAN.sesiapa yang berusaha dan sentiasa mencari jalan yang terbaik maka kehidupan mereka akan penuh dengan senyuman kebahagiaan.
ORANG YANG BERJAYA,ADALAH ORANG YANG BIJAK MELAKUKAN KEPUTUSAN.keputusan dalam sesuatu keadaan dan juga ujian adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita.PANDAI TIDAK SEMESTINYA BIJAK.keputusan lah yang akan membawa kita ke satu tahap atau fasa yang seterusnya dalam hidup.saya suka kaitkan hidup kita umpama main 'game'.untuk kita melayakkan ke tahap seterusnya,kita haruslah lepas tahap dimana kita ada sekarang ini.kalau kita gagal,jadi kita akan terus berada di tahap yang sama dan akan melalukan perkara yang sama setiap hari dalam hidup kita.tetapi kalau kita berusaha dan betul2 focus kita akan berjaya lepas tahap dimana kita berada sekarang ini dengan mudahnya dan akan membawa kita ke satu tahap lebih tinggi.tetapi harus ingat setiap tahap mempunyai cabaran dan rintangan yang berbeza malah lebih mencabar.lebih tinggi ganjaran dan keseronokan yang kita dapat,lebih tinggi juga lah dugaan dan cabaran untuk kita. pada saya, SETIAP KEJAYAAN YANG DATANG MESTILAH DISERTAKAN DENGAN DUGAAN.jadi kalau anda takut dan tidak bersedia dengan dugaan,maka anda masih lagi belum bersedia untuk berjaya.....semoga apa yang saya kongsikan malam boleh memberi sedikit gambaran untuk anda demi memburu kejayaan dalam hidup di dunia daa akhirat...nyte

5 comments:

  1. saya faham klu nak berjaya niat yang baik perlu ada, sikap tidak mudah putus asa, bijak dalam membuat pilihan dan keputusan, cabaran dan dugaan pasti ada. tapi kita kena yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. tq FO :)

    ReplyDelete
  2. Yup utk brjaya kita kena sntiasa think positif..krn itu adalah salah satu cara utk mengelakkan dugaan yg dtg..sntiasa sabar dan membuat keputusan yg bijak dan tidak membuta tuli shj.. :)

    ReplyDelete
  3. gomo kelate gomo!
    heeee.
    fizo, Hot Burger kat kelate nanti bukak kat setiap daerah hokeyy. baru senang kito nak make, mano2 ado. hihi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Tahniah juga buat pasukan TRW. Ros pun ada jugak tengok perlawanan di tv..

    setuju dengan kata -kata abg Fizo bahawa SETIAP LANGKAH YANG BERMULA DENGAN POSITIVE AKAN BERAKHIR DENGAN HASIL POSITIVE,YANG NEGATIVE AKAN JUA BERAKHIR DENGAN NEGATIVE. Itulah realitinya.. Dalam setiapapa yang kita lakukan pun, kita perlu ada niat yang betul, usaha yang berterusan, positifkan diri dan doa seikhlas hati, Barulah kejayaan akan mengiringi kita..

    ReplyDelete