Wednesday 9 October 2013

MY HERO


MY HERO


Hari ini satu hari saya menghabiskan masa di Selangor equestrian club,sungai besi,kl.Badan terlalu penat dan sakit sakit apabila menunggang kuda seharian setelah lebih sepuluh tahun meninggalkan aktiviti yang pernah menjadi rutin harian sebelum ini.Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah saya sebelum menjadi seorang pemain bola sepak professional dan menjadi anak seni dan juga usahawan sekarang ni.Sebelum ni saya daripada kecil lagi dilatih untuk menjadi seorang ‘jockey’ atau penunggang kuda dan banyak menyertai pertandingan lumba kuda di Kelantan oleh HERO  sepanjang zaman saya iaitu arwah ayah saya.Haji Wan Omar bin Wan Ishak.Ayah saya pernah menjadi presiden lumba kuda Kelantan suatu ketika dahulu dan dirumah saya di kampung selising,pasir puteh pernah mempunyai berbelas belas ekor kuda.Rutin seharian adalah mesti menunggang kuda sehinggakan pernah ke sekolah pun naik kuda.Setiap pagi dan petang kami sekeluarga mesti berkuda merupakan aktiviti wajib setiap hari sehinggalah saya di hantar ke akademi bola sepak FAM di kota bharu ketika usia saya 13 tahun.Dan lepas akitivi berkuda berkurangan sedikit akibat komitmen saya pada sukan bola sepak diatas minat dan juga keinginan bapa saya untuk melihat anak lelaki bongsu beliau ini menjadi pemain professional dan juga kebangsaan satu hari nanti.di situ lah bermula nya kehidupan bola sepak saya.tapi malam ni saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang HERO  saya yang telah meletakkan saya ke satu LANDASAN MENUJU KE PUNCAK yang dimana saya berada sekarang ini dan masih lagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang diimpikan.Bak kata beliau dalam sukan berkuda ini ‘tak jatuh maka tak kan pandai’.kata kata itu masih kekal lagi dalam fikiran saya sehingga sekarang ini.walaupun ketika usia saya baru seawal enam tahun saya dah boleh menunggang kuda.Insiden jatuh kuda dan kecederaan pada saya dan adik beradik adalah perkara biasa dan menjadi kuat bila mengingatkan kata2 beliau.Ternyata memang terbukti apabila setiap kali gagal mengawal kuda dan terjatuh saya jadi lebih berani dan berhati hati kerana tidak akan mengulangi kesalahan yang sama setiap kali gagal atau jatuh membuatkan saya lebih handal sehinggalah pada usia 10 tahun saya dah mula menyertai pertandingan lumba kuda.Setiap kali saya menunggang kuda arwah ayah akan selalu memerhatikan saya sebagai ‘personal coach’ dan juga asyik membebel yang membuatkan saya sampi naik rimas.itu sikap biasa seorng kanak kanak yang mental dan dalam proses kematangan.

Apa yang saya nak  kongsikan malam ni adalah secara tidak sedar sebenarnya ayah saya telah mendidik dan juga membentuk saya supaya menjadi seorang yang berani dalam mengatasi ketakutan dan kelemahan diri.Saya diajar untuk menjadi ‘fighter’ kepada diri sendiri dan melawan segala ketakutan yang ada dalam diri dan barulah kita layak melawan ‘musuh’ diluar sana. Kita akan menjadi ‘expert’ dan berani jika kita melawan kelemahan kita dan juga selalu mengulangi melakukan perkara yang kita lemah sehinggalah ianya menjadi kebiasaan dan dengan sendirinya kelemahan itu akan menjadi kelebihan apabila ia menjadi ‘makanan’ kita.Mungkin ayat saya ni agak complicated.tetapi apa yang saya nak sampaikan adalah, setiap kekurangan jika tidak diatasi akan menjadi kelemahan,dan setiap kelemahan akan menjadi kelebihan dan kepakaran apabila ia diatasi.Dari situ lah saya mula mempelajari ilmu kehidupan dengan mengatasi segala ketakutan dan kelemahan diri.Hanya kita dan diri akan tahu segala kekurangan yang ada pada diri kita.Cara yang terbaik adalah senaraikan segala kelemahan dan ketakutan diri dan mula merangka apa yang patut kita lakukan dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan juga guru atau bimbingan.insyallah kelemahan itu akan menjadi kepakaran kita suatu hari nanti.MASALAH ADALAH SATU PELUANG.siapa sangka masalah yang kita hadapi alami selama ini adalah merupaka satu peluang utk kita mengubah taraf kehidupan kita.Setiap hari saya akan berlawan dengan diri sendiri untuk mengatasi kelemahan diri saya.Sebab itu lah setakat hari ini saya menceburi pelbagai bidang dalam hidup saya dan saya mendapat kejayaan dan kepuasan untuk diri saya sendiri dan sedikit sebanyak menjadi kebanggaan keluarga dan juga masyarakat.setiap kelemahan yang tidak diatasi akan terus menjadi kelemahan dan akan bersemadi didalam diri seseorng sampai bila bila.dan sifat itu akan mencacatkan perjalanan hidup seseorng itu.banyak lagi yang saya nak kongsikan tentang apa telah di ‘install’ kan oleh arwah ayah saya didalam diri saya ini.bila mengenangkan kembali,saya dapat merasakan yang saya ini merupakan seorang anak yang paling bertuah didalam dunia ini kerana dikurniakan seorang HERO yang paling hebat di dunia.sambil menulis coretan ini saya sedang mendengar lagu daripada saudara Mawi iaitu AYAH..AKU RINDU PADUMU.liriknya sangat menyentuh perasaan saya apabila mengenangkan beliau.kata katanya agak sedih,tetapi bergantung kepada penerimaan kita.kalau da set kan minda kita sedih dan kita akan jadi sedih bila mendengarnya.tapi saya selalu menjadikan lagu ini sebagai tanda ingatan dan juga pembakar semangat saya untuk teruskan kehidupan sebagai seorang pemburu kejayaan.hampir setiap hari saya akan dengarkan lagu ini dan setiap hari semangat saya akan terus berkobar kobar.terima kasih banyak2 saya ucapkan pada Mawi yang telah mencipta lagu “tema” saya ini…sama samalah kita sedekahkan al fatihah buat HERO terhebat saya…HAJI WAN OMAR BIN WAN ISHAK…Banyak lagi sebenarnya yang saya nak kongsikan dengan semua tentang HERO saya yang telah membawa saya ‘kesini’ pada hari ni.insyallah saya akan sambung pada coretn saya seterusnya…jadi kepada sesiapa yang masih lagi mempunyai ayah,hargailah dan rail ah mereka ketika masih berpeluang.sekurang kurangnya dengan ucapan terima kasih ataupun kejayaan anda dapat menunjukkan tanda penghargaan kita sebagai anak terhadap seorng insan yang membanting tulang demi membesar dan mendidik kita semua…bukan wang ringgit yang mereka harapkan.tetapi kejayaan anda yang mereka tagihkan.

Saturday 5 October 2013

TAHNIAH THE RED WARRIOR

 SALAM semua...memang puas hati tengok game bola malam ni.salah satunya sebab negeri kelahiran sya menang dan layak ke semi final malaysia cup.dan yang lebih saya banggakan apabila tengok kawan2 dan juga my ex team mate beraksi di peringkat profesional dan mereka dapat membuktikan bidang bola sepak di negara kita adalah berada di peringkat yang boleh membanggakan dan consider 'good money'.mana tak nya bila pendapatan mereka boleh mencecah ratusan ribu ringgit sebulan dengan hasil melakukan sesuatu perkara yang kita minat.seronok kan?tapi anda kena ingat tidak lah semudah itu apa yang mereka capai selama ini adalah hasil usaha keras yang berpanjangan dan disertakan jatuh bangun dengan pelbagai dugaan dan ujian.kadang2 terasa nak kembali menyarung jersi dan beraksi di tengah padang bola dengan sokongan ratusan ribu penyokong.perasaan tu sukar digambarkan dengan kata kata.
Apa yang saya nak kongsikan malam ni adalah,kejayaan tidak akn datang bergolek dan sesuatu yang datang dengan terlalu mudah atau senang mesti ada sesuatu disebaliknya.baik dari segi wang ringgit dan juga peluang.setiap benda yang kita impikan mesti lah disertakan dengan tindakan yang bersungguh sungguh dan yang paling penting sekali adalah niat kita.kemana yang hendak dituju dan apakah target yang kita inginkan?persoalan ni adalah sangat penting kerana soalan ini ah yang akan membakar semangat kita dan juga akan menjaga focus supaya kita tidak lalai dan lari dari tujuan asal kita.percayalah SETIAP LANGKAH YANG BERMULA DENGAN POSITIVE AKAN BERAKHIR DENGAN HASIL POSITIVE,YANG NEGATIVE AKAN JUA BERAKHIR DENGAN NEGATIVE.walaupun diuji dengan pelbagai dugaan sekalipun dan juga mengambil masa yang lama untuk mendapat hasilnya,yang pasti kita telah dijanji sedemikian yang kesudahannya adalah positive.cabaran adalah warna warni kehidupan.tanpa cabaran hidup ini diibarat kosong dan pudar.tugasan kita sebagai manusia adalah mencorakkan lukisan perjalanan hidup kita dengan warna warni yang telah dihantar olehNYA.jadi setiap manusia mempunyai corak dan warna lukisannya tersendiri yang mungkin buruk dimata orang lain tetapi cantik dimata kita sendiri.sebab pada saya kecantikan adalah subjektif dan penilaiannya adalah berbeza di mata masing2.
Setiap apa yang berlaku pastinya ada hikmahnya.tak kan ada perkara yang berlaku tanpa sebab musabab nya.pasti ada ganjaran disebaliknya jika kita kuat menghadapi setiap apa yang kita lalui.senjata utama kita sebagai manusia adalah kesabaran.kesabaran adalah kayu penyukur kepada setiap manusia.sesiapa yang bersabar maka berwarna warnilah lukisan kehidupan mereka.KEHIDUPAN ADALAH TENTANG MENCARI JALAN.sesiapa yang berusaha dan sentiasa mencari jalan yang terbaik maka kehidupan mereka akan penuh dengan senyuman kebahagiaan.
ORANG YANG BERJAYA,ADALAH ORANG YANG BIJAK MELAKUKAN KEPUTUSAN.keputusan dalam sesuatu keadaan dan juga ujian adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita.PANDAI TIDAK SEMESTINYA BIJAK.keputusan lah yang akan membawa kita ke satu tahap atau fasa yang seterusnya dalam hidup.saya suka kaitkan hidup kita umpama main 'game'.untuk kita melayakkan ke tahap seterusnya,kita haruslah lepas tahap dimana kita ada sekarang ini.kalau kita gagal,jadi kita akan terus berada di tahap yang sama dan akan melalukan perkara yang sama setiap hari dalam hidup kita.tetapi kalau kita berusaha dan betul2 focus kita akan berjaya lepas tahap dimana kita berada sekarang ini dengan mudahnya dan akan membawa kita ke satu tahap lebih tinggi.tetapi harus ingat setiap tahap mempunyai cabaran dan rintangan yang berbeza malah lebih mencabar.lebih tinggi ganjaran dan keseronokan yang kita dapat,lebih tinggi juga lah dugaan dan cabaran untuk kita. pada saya, SETIAP KEJAYAAN YANG DATANG MESTILAH DISERTAKAN DENGAN DUGAAN.jadi kalau anda takut dan tidak bersedia dengan dugaan,maka anda masih lagi belum bersedia untuk berjaya.....semoga apa yang saya kongsikan malam boleh memberi sedikit gambaran untuk anda demi memburu kejayaan dalam hidup di dunia daa akhirat...nyte

Friday 4 October 2013

LUAR BIASA

Salam semua.Dua tiga hari ini agak sibuk sikit.banyak kene balik kampung ke kota bharu atas urusan bisnes.Alhamdulillah HOT BURGER akhirnya akan berada di kelantan tak lama lagi.Sambutan yang agak luar biasa dari orang kelate setakat ni.pada mulanya fizo nak buka dalam 10 stall je.tp sambutan yang luar biasa dan kami menerima permohonan untuk join sebagai usahawan hot burger sebanyak hampir seribu pemohon.memang di luar jangkaan kami.tapi setelah di pertimbangkan saya dan partner saya bersetuju untuk menambah lg stall iaitu sebanyak 25 stall.insyallah dalam pertengahan oktober ni bermula serentak dan ore klate boleh merasa HOT BURGER iaitu produk fizo sendiri.Rasa sangat terharu apabila 10 stall diberi secara percuma kepada ibu tunggal dengan kerjasa Jabatan Pembangunan Wanita kelantan demi membantu menaikkan ekonomi mereka.Disamping mencari peluang perniagaan, HOT BURGER sebenarnya ditubuhkan adalah untuk membantu belia-belia untuk memberi peluang pekerjaan dan melahirkan usahawan burger di malaysia.insyallah lepas ni hot burger akan berda di seluruh negeri dan insyallah kami boleh membantu ramai lagi diluar sana yang berminat dalam perniagaan.saya sebenarnya ingin mengangkat martabat peniaga2 burger yang dikatakan peniaga kaki lima atau tepi jalan ni.dan hari ni kami dapat buktikan bahawa dengan meniaga burger pun mendapat pendapatan dari RM2000 hingga RM 10000 sebulan.yang penting mereka jujur dan ikhlas dalam meniaga dan juga membantu diri mereka sendiri.kepuasan saya adalah apabila mereka datang kepada saya dan dengan rasa penuh bersyukur mengucapkan terima kasih kerana kehidupan mereka adalah lebih baik dari sebelumnya.syukur alhamdulillah dengan izin Allah meraka dapat merasa rezki yang sama2 diusahakan.

Sebenarnya fizo bukan nak cerita pasal HOT BURGER malam ni cuma nak share dengan anda je.saya percaya ramai di luar sana yang inginkan kehidupan yang luar biasa.maksud saya sesuatu yang luar biasa dan kearah kebaikan terutamanya menaikkan taraf hidup masing2.kehidupan luar biasa akan berlaku apabila seseorang itu melalukan perbuatan yang luar biasa.maksud saya kalo anda menjalani kehidupan seharian dengan rutin yang sama sebelum ini.maka kehidupan atau pencapaian anda akan tetap sama dan tidak akan berubah.saya amat tertarik dengan kata2 ini."TO GO SOMEWHERE THAT U NEVER BEEN,U HAVE TO DO SOMETHING THAT U NEVER DONE BEFORE"
Kata2 inilah yang membawa saya dimana saya berada sekarang ni yang banyak memotivasi kan diri saya sendiri.pada sya untuk mencapai sesuatu yang luar biasa,kita haruslah melakukan sesuatu yang luar biasa iaitu yang tidak pernah kita lakukan selama ini.contohnya kita sorang je tahu akan kelemahan diri kita dan juga kemalasan kita di tahap mana.contoh nya dari segi bangun pagi sama ada waktu berkerja ataupun tidak.ada yang sangat liat bila nak bangun pagi.jadi kalau kita mengubah tabiat kita iaitu dengan melakukan sesuatu yang luar biasa dari kebiasaan yang kita selalu buat seperti bangun lebih awal sebelum solat dan minda kita bersedia utk focus dan berkerja dan dengan sendiri nya mempengaruhi hasil kerja kita seharian.percayalah akan berlaku sesuatu perubahan besar dalam hidup kita.contohnya kalau kita ni malas membaca.itu adalah tabiat biasa kita.tapi kalau kita melakukan sesuatu yang luar biasa iaitu kita mula atau paksa diri kita membaca,percaya lah kita akn meletakkan diri kita di tahap yang luar dari kebiasaan apabila kita mempunyai ilmu dari amalan membaca.apabila ilmu penuh didada ia sangat mempengaruhi kehidupan kita seharian,baik dari segi perbuatan,percakapan dan juga tindakan yang kita lakukan.saya percaya setiap orang tahu akan apa yang dilalukan oleh mereka itu baik atau buruk.tetapi hanya sikap dan tabiat seseorang itu membuatkan mereka mengulangi perkara yang sama walhal mereka tahu akan keburukan tentang perkara tersebut.hidup kita tidak akan berubah kalau kita sendiri tidak ingin mengubahnya walaupun semua inginkan yang terbaik dalam hidup mereka.keputusan terbaik cuma datang bila tidak ada atau kurangnya keburukan dan juga kelemahan dalam diri masing2.belajar lah dari kesilapan lalu atau cermin dan nilai lah diri sendiri adalah motivasi terbaik untuk diri sendiri.persekitaran yang baik hanya sebagai sumper inspirasi.tetapi diri sendiri adalah segala galanya dalam mencari  atau berubah ke arah kebaikan.setiap pergerakan haruslah bermula dengan niat.tetapi kalau niat tidak diikuti dengan perbuatan atau tindakan maka niat itu hanya semata angan angan kosong sahaja...cukuplah coretan perkongsian saya untuk kali ini untuk berkongsi dan juga pesanan kepada diri saya sendiri..salam

Monday 30 September 2013

Hard to sleep

Good morning semua.hmmm.its my habit apabila terlalu banyak idea dalam kepala sehingga kan susah sangat nak tidur.tapi tak boleh diamalkan selalu macam ni sebab otak akan jadi blur dan lembab bila tidur lewat dan tak cukup rehat.cuma apa yang saya nak share pagi pagi buta ni adalah...sangat banyak yang saya pelajari dan sedari apabila saya menyertai INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI bersama Dr Azizan Osman selama 4hari sebelum ni dan baru je tamat petang tadi.ternyata apa yang boleh saya ungkapkan dr azizan memang terlalu hebat dan sangat luar biasa sampai saya tidak dapat diungkapkan dengan kata kata.beliau telah membuka hati dan minda saya dan membawa saya ke LANDASAN KE PUNCAK yang saya impikan selama ini...banyak lagi yang saya nak kongsi kan dengan anda semua tentang apa yang telah saya pelajari....insyallah esok saya akan update dan cerita lebih detail lagi supaya saya terus menjadi inspirasi kepada anda semua...

Saturday 28 September 2013

BLUR BILA NAK MENULIS?

 Salam semua,siapa kat sini yang bersetuju yang kita ni selalu blur bila nak menulis atau mengarang sesuatu dalam status fb atau apa apa sekalipun.saya percaya idea memang banyak tetapi untuk nak menterjemahkan dalam perkataan atau tulisan sangatlah susah kan!!! Hari fizo nak share dengan korang semua petua nya!!! Senang je,bila ade idea tu terus kita tulis atau karang sebelum kita terlupa.taip je dulu dekat app note dekat handphone tu.bila dah ade point sangatlah senang untuk mengarang dan sebenarnya ia amatlah seronok sampai kita tidak sedar sampai penulisan kita tu da beribu patah perkataan.itulah sebenarnya yg tengah berlaku pada saya sekarang ni..heheheh. Yang terbaik adalah kita tulis je tentang perjalanan hidup kita sendiri.sebab kita memang pakar dan tahu tentang kisah hidup kita tu.kalo kita tipu pun tak da siapa tahu kan..yang penting dengan kenyakinan.betol tak!!! Tapi kalau boleh biarlah betul dan jujur supaya karya kita atau apa yang kita nak kongsi tersebar dengan baik dan bersetakan aura positive nya. Oklah saya sebenarnya masih lagi dlm proses 'belajar' lagi.nanti next update saya akan share dengan anda tentang kisah hidup saya pulak k.tq smua.salam

MY 1st ENTRY N TRANSFORMATION

Salam semua, Im here to insipire people in whatever i do by sharing my life journey and my experience.Contribute to others on what i have is one of my passion.Spreading all the positve 'aura' is a must for me.So please stay tune with me for "LANDASAN KE PUNCAK"...